Saturday, October 31, 2009

SK SUNGAI SIAN MENGALAMI PERUBAHAN

Lama nampaknya blog ini tidakk di update... banyak perkara dah berlaku.... banyak perubahan yang telah dibuat... perubahan yang paling besar setakat ini adalah pengubahsuaian perpustakaan.... dengan idea baru daripada guru-guru perempuan yang sangat berdedikasi dan sokongan guru besar... projek ini menjadi kenyataan.... setakat ini buat masa ini....

Friday, October 16, 2009

Sukaneka RIMUP di SJKC Ming Shing

SRJK (C) Ming Shing telah mengadakan sukaneka RIMUP (Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan) pada 15 Oktober 2009.



Banyak Aktiviti yang dilaksanakan. Sukaneka ini bertujuan mewujudkan perpaduan dikalangan murid dalam melaksanakan aktiviti secara bersama.



Setiap sekolah 'sungai' dijemput untuk mengikuti aktiviti ini. Sekolah yang terlibat adalah seklah kami, SK Sungai Sian, SK Tanjung Bundung, SK Bukit Papit dan SK Selidap. Setiap kumpulan adalah hasil gabungan murid daripada 5 buah sekolah ini. Setiap aktiviti dilaksanakan bersama. Pelbagai bahasa digunakan dalam setiap aktivi yang dilaksanakan. Aktiviti kira mengira pun ada. Seronok kelihatan murid-murid dapat berinteraksi bersama.



Salam

Sunday, September 13, 2009

Artikel Murid

BIMBINGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ramai di antara remaja kini akan menhadapi perperiksaan, terutamanya di tingkatan tiga yang akan menghadapi Penilian Menengah Rendah (PMR), tingkatan lima yang akan menempuhi Sijil Pelajalan Malaysia (SPM), begitu juga dengan remaja lain yang juga akan menghadapi peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan bulanan. Manakala remaja yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi pula sibuk dengan tugasan, ujian atau peperiksaan di peringkat falkutulti. Justeru itu, boleh dikatakan hampir semua remaja yang sedang belajar sama ada di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi akan menghadapi peperiksaan. Artikel ini akan memberi sedikit bimbingan untuk panduan remaja bagi menghadapi peperiksaan.
{CONTOHNYA SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN}
Proses Ulangkaji: Dilakukan dalam tiga peringkat;-
1) Sebaik sahaja selepas menerima pelajaran baru.
2) 2 bulan sebelum hari peperiksaan.
3) Masa di antara ulangkaji Umumnya 6-8 minggu.

{CARA MENGULANGKAJI}
a)Perancangan yang rapi.
Bersedialah dengan nota poket yang lengkap sekurang-kurangnya dua bulan sebelum peperiksaan. Jadikan buku teks sebagai buku rujukan utama. Elakkan dari belajar pada saat-saat akhir, serta berehatlah sekurang-kurangnya 10 minit dengan 30 minit ketika mengulangkaji, dan rujukan kepada guru apabila mengahadapi masalah dengan pelajaran.
b)Musuh utama ketika mengulangkaji ialah jemu.
Keadaan ini dapat dielakkan dengan menukar rutin yang akan menyebabkan anda segar semula.
CARANYA IALAH:
i)Anda boleh mendapatkan khidmat tuisyen di mana anda boleh berbincang mengenai subjek yang sukar.
ii)Mengulangkaji secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, terdapat unsur yang berbahaya apabila belajar secara berkumpulan kerana terdapat kecenderungan untuk berbual kosong.
c) Sediakan nota-nota ringkas.
Namun begitu, jangan terlalu berharap , anda juga perlu mengulangkaji topik lain yang mungkin keluar.
d)Merangka jawapan dan berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
(HARI PEPERIKSAAN)
Apabila hari peperiksaan menjelang tiba, tiada siapa yang akan nenolong kita. Hanya kita yang boleh membantu diri kita sendiri. Semuanya mesti dalam ingatan kita. Tiada lagi masa untuk mengulangkaji atau membaca buku. Doa-doa kita yang lepas adalah pendorong dan meyakinkan kita lulus peperiksaan. Jangan bimbang, kita memang menantikan hari ini, menanti saat-saat peperiksaan ini.
[SEMASA DI DEWAN PEPERIKSAAN]
Pemilihan Soalan (berbentuk esei)
a)Mulakan peperiksaan dengan Bismillah dan Doa. Baca arahan pada permulaankertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa banyak wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa bahagian yang perlu pemilihan soalan. Gariskan arahan yang penting dalam soalan.
b)Pilih soalan yang anda betul-betul yakin boleh dijawab, iaitu anda dapat memberikan isi-isi yang tepat dan terbanyak serta nampu menghuraikan dengan baik.

oleh;serina dan katini

Artikel Murid

SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan hari Guru telah dimulakan pada tahun 1972. Ini membuktikan pengiktirafan dan penghargaan berterusan terhadap pengorbanan dan komitmen warga pendidik dalam menggembleng tenaga membentuk anak-anak bangsa kita untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Jasa guru dalam usaha untuk mendidik anak bangsa agar dapat menjadi orang yang berguna dimasa hadapan sudah diketahui umum. Guru ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global. Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan dan kepimpinannya yang memberi teladan.
Sesuatu nasihat yang disampaikan itu biasanya perlu kepada pengulangan yang berkali-kali. Pada awalnya sampaikan berita gembira, seperti ganjaran baik yang akan mereka peroleh. Jika mereka tidak mahu mengikutinya barulah diberi amaran. Kita tidak boleh terus menghukum mereka. Guru-guru mesti bersabar dan banyak berdoa untuk anak-anak muridnya, kerana tugas mereka hanya berusaha mendidik tetapi yang mendatangkan kesannya adalah Allah SWT.
Allah SWT menyuruh umatnya supaya memberi peringatan kerana ia mempunyai manfaat yang banyak kepada umat Islam. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” [Adz-Dzaariyyat:55]
Peringatan yang baik inilah boleh mengubah hati manusia, membuatkan mereka berfikir dan takut kepada Allah SWT. Perkataan yang baik ini hendaklah diiringi dengan contoh kelakuan yang baik. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan [keredhaan] Allah SWT dan [baIasan baik] hari akhirat,serta ia pula menyebut dan mengingati Allah SWT banyak-banyak [dalam masa susah dan senang].” [Al-Ahzaab:21]
Agenda untuk membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi adalah bergantung kepada modal insan yang lahir daripada sistem pendidikan negara. Sesungguhnya negara dan seluruh anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada para guru untuk memastikan anak-anak bangsa dididik sebaik mungkin untuk menyediakan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan tebilang. Banyak cabaran yang harus ditempuh dan semua itu memerlukan ketabahan, keyakinan serta kecintaan pada profesion perguruan itu sendiri. Hari ini tanggungjawab para guru semakin berat kerana disiplin pelajar semakin terhakis dan perlu diatasi secara bersepadu dengan kerjasama semua pihak daripada ibubapa, guru, jiran, masyarakat dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Harapan yang disandarkan kepada guru-guru adalah untuk melahirkan modal insan yang tinggi martabatnya menuntut para guru memperkasakan diri mereka dengan peribadi yang luhur kerana mereka bukan hanya penyampai ilmu tetapi sebagai pendidik yang juga bertanggungjawab membentuk keperibadian mulia. Justeru, guru yang mempunyai keperibadian yang baik harus memperlihatkan sikap profesionalisme mereka sebagai pendidik. Sekiranya guru-guru gagal menunjukkan model dan teladan yang baik mereka akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar cemerlang sekaligus gagal melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Oleh Dorothy Lendai dan Nurul Syafiza

Thursday, July 30, 2009

Jerebu Di SK Sungai Sian

Salam...
Sebagaimana kita semua ketahui bahawa indeks udara di sekitar Sibu dan Sarikei agak tinggi.... Perkara ini sama dirasai di SK Sungai Sian...





Arahan dikeluarkan agar murid tidak dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa latihan di luar kelas bagi tujuan keselamatan...



Mungkin jerebu ini yang paling teruk setakat ini....



Sekian.

Jamuan Selamat Datang

Salam..

Menjadi Tradisi SK Sungai Sian untuk menyambut kedatangan guru baru di sekolah.



Kami mengalu-alukan kedatangan guru bagi bukan sahaja untuk meningkatkan tahap akademik murid malah untuk memeriahkan suasana sekolah.



Kali ini sambutan adalah di Sugar Bun Sarikei.... Makan Kari Kepala Ikan (sori gambar xde.... sebab sedang makan... hihihihi)....



Selamat Datang Cikgu Azzura dan Cikgu Diana...



Berkhidmat Untuk Sekolah..

Wednesday, July 1, 2009

Kreatif Realiti

salam semua...

Bagaimana cara untuk anda mengajar murid untuk melukis pemandangan di bawah ini?



Bagi murid sekolah rendah mereka lebih banyak memerlukan bahan maujud berbanding imaginasi... Seorang guru seni telah membawa anak muridnya ke warf sekolah bagi menunjukkan realiti sebenar pemandangan....



Beliau memberikan tunjuk ajar kepada anak muridnya agar dapat melukis apa yang mereka lihat dengan mata mereka dan mewarnakannya mengikut kejadian asal...



Teruskan usaha Cikgu Muhaini..